Blogger Templates

Rabu, 15 Februari 2012

CINTA BERDURI....

hidup ini tidak banyak erti dan membuatkan aku rasa mahu berherti. cukuplah sampai di sini sahaja ikatan kita. antara kita memang sudah tiada jodoh. maafkan aku andai terlambat mengucapakan pada kau semua. bukan niat aku nak mempersendakan hidup mu sayang. sekali lagi aku ingin ucapkan maafkan aku dan ampunkan segala kelakuanku terhadapmu.. aku tidak layak berada dalam hatimu..aku adalah insan berduri yang terlalu berbisa dan hanya tahu memberi luka dan nanah dalam hatimu sayang....

Rabu, 1 Februari 2012

DUHAI PERMATA HATI...

duhai anak....
BAB 1

"Mama nak kau gugurkan kandung ni sekarang jugak! Mama tak sanggup nak tengok budak haram ni membesar dalam perut kau tu!"amuk mama dengan perasaan benci.

Aku memandang mama sayu.Kenapa mama mahu sangat aku gugurkan kandungan ini? Anak dalam rahimku tidak bersalah.Dia cuma menjadi mangsa keadaan lelaki binatang yang merogol aku sewaktu aku dalam kelemahan.Jika mama mahu aku gugurkan kandungan ini,tidak sama sekali aku gugurkan.Biarlah anak ini membesar dalam rahimku.Biarlah anak ini lahir melihat dunia.Aku rela tanggung semua ini seorang diri tanpa bantuan mama mahu pun papa dan adik beradik aku yang lain.

"Kau dengar tak apa mama cakapkan ni Zara? Mama nak kau gugurkan kandungan itu.Aku tak mahu dalam keturunan aku ada cucu luar nikah!"herdik mama dengan kata-kata pedas.

"Mama...Anak ni tak salah mama.Anak ni tak berdosa mama.Zara tak nak gugurkan kandungan ni.Biarlah Zara sendiri yang lalui semua mama.Maafkan Zara."hanya itu dapat aku bicara pada mama.Itulah keputusan aku.Bukan niat hati ini aku mahu bersikap kurang ajar dengan mama.Tetapi,aku tak sanggup membuang anak itu dari rahimku.

Wajah mama merah menyala.Matanya membulat ke arahku.Aku tahu mama marah.Aku bersa gerun sekali melihat wajah mama seperti itu.Aku menundukkan muka.

"Kau kenapa Zara? Mama tak nak ada cucu haram dalam keturunan kita ni kau tahu tak!!!"tengking mama lantang sekali.

Tersentak aku apabila suara mama menengking tinggi.Rasa nak tercabut jantung aku bila suara mama bergema seperti itu.