Blogger Templates

Sabtu, 30 Jun 2012















CINTA AWAK DAN SAYA........

BAB 1

Kata-kata mama sebentar tadi betul-betul buat jantung aku tersentap... Tak mungkin aku nak pergi ke tempat itu, sedangkan dia pun tak hingin nak nak menjejakkan kaki kaya dia dekat rumah Tok Wan aku... Hesy!!! orang macam dia, lebih baik baling dalam gaunglah... Lagi senang tak ada mata aku ni nak menghadap muka dia hari-hari... Naik kembang tekak aku hendak melihat muka toya lelaki itu. Walalupun dia itu suami aku tetapi, aku dan dia bukan pasangan suami isteri yang sedang dalam bahagia asmara. Pantang sekali bila bertembung empat mata dengan dia pasti aku dan dia berperang mulut. Aku dan lelaki itu memang tak boleh berjumpa, kalau berjumpa saja habislah rumah yang kami duduk ini bergegar macam nak runtuh gamaknya...

" Hoi nenek kepoh! Apa lagi yang kau berangankan tu? Kalau kau berangan-angan nak anak handsome macam aku ni, memang taklah kan... Jangan kau mimpi ada anak dengan akulah.." aku menjeling benci apabila dia berkata seperti itu.

Apa dia ingat aku hamak sangat nak ada anak dengan dia... Hmmm, bagi percuma pun aku tak mahulah. Lebih baik aku cari suami yang baik dan penyayang, bukan macam dia hantu jembalang tanah. Dengan muka tak puas hati aku menjawab kata-katanya.

" Wei Mat Sengal! Aku pun tak hingin nak ada anak dengan kaulah.. Ingat muka tu kacak sangat ke? Handsome sangat ke? Tampan sangat ke? Hmm... Bagi free pun aku tak naklah...."

" Mulut kau ni memang tak makan saman... Agak-agak kalau aku sumbat buah durian ni kat dalam mulut kau yang bau longkang tu, rasanya boleh tak bisu? "

Kata lelaki itu menahan amarah. Aku langsung tidak berasa takut apa yang dia katakan itu. Tidak ada maknanya aku nak takut dengan Mamat Sumbing macam dia ni. Nasib baiklah sekarang ada dekat rumah mama aku, kalau dekat rumah sendiri sudah lama aku lumat-lumatkan dirinya menjadi keropok lekor. Aku tak boleh tahan dah dengan si Mamat hantu ni...

" Hei...! Sebelum kau nak sumbat aku buah durian tu kat dalam mulut aku, mari sini aku sumbat lada cili kat dapur tu dalam mulut kau... Apa kau ingat aku tak berani buat ke? Eeeee...!!!! Naik darah tinggi aku bertekak dengan kaulah.."

" Siapa suruh kau cari masalah dengan aku? Padanlah muka kau tu... Cepat sikit kau jalan..."

Zuppp!!!!!

Perhhhh!!!! Kata-kata yang pedih tu... Sesuka hati nenek mak ayah tiri dia saja cakap macam tu dekat aku. Ini buat hati aku panas sesangat ni. Pantang betul aku bila orang cakap macam itu degan aku. Suami tak suami aku perduli apa, ini mulut kalau dah macam tungki memang taklah. Tak ada nak bagi sabar-sabar dah.

" Kau ni kenapa?? Apa masalah kau hah!!! Aku tak cakap kau mati pun, tapi kau cakap macam tu kat aku... Kurang ajar betul mulut kau tu... Aku benci berlaki dengan kau tau tak!!!...." jeritku bersama hati yang terlalu sakit.

Setiap kata-kata dia sebentar tadi telah membuat aku benar-benar marah.

" Kau tu yang tak habis-habis nak cari masalah dengan aku kenapa? Kalau kau benci nak berlaki dengan kau.... Aku seribu kali benci nak beristerikan kau tau tak....!!! " balas lelaki itu yang tak mahu mengalah.

Aku merenung tajam ke arahnya. " Hmm.... kalau macam tu apa kata kau ceraikan aku... Aku dah tak sanggup nak berlakon menjadi isteri semesra kau tu..."

" Perjanjian tetap perjanjian... Kau jangan nak macam-macam dengan aku... Kalau kau cuba buat sesuatu diluar jangkaan, jangan menyesal kalau apa berlaku kat diri kau tu... Ingat dan sematkan kata aku dalam kepala otak kau tu." ujarnya dengan nada serius.

Aku diam membisu...