Blogger Templates

Khamis, 5 April 2012

JANGANLAH TAK JADI....(E-NOVEL)

SINOPSIS....(JANGANLAH TAK JADI)

     Nama aku DANIA NAJWA BINTI MOHD NAZMI. Nak kata diri aku cantik? Tak adalah cantik mana pun! Tapi adalah manis juga. Bak kata orang sedaplah mata memandang. He..he..he.. Aku kerja sebagai guru tadika. Aku menpunyai keluarga yang sangat bahagia.

    Opss! Memang aku mempunyai keluarga yang bahagia. Tetapi, masalahnya sekarang dalam adik-beradik aku seorang sahaja yang masih belum berkahwin. Secara tak langsung mama mencari jodoh untuk diriku. Menyuruh aku menamatkan zaman bujang daraku yang sudah jauh meningkat. Hu..Hu..Hu.. Apa boleh buat? Dah nasib badan!

      " No! No! No! Mama tak akan beri Dania masa lagi. Keputusan mama muktamad! Mama akan berbincang dengan papa dan auntie Zila. So bersedialah dari sekarang ya Dania Najwa. Jangan kamu buat perangai gila kamu tu! " tekan mama dengan nada tegas dan terus berlalu naik ke atas.

       Hendak tak hendak aku dengan dalam rela terpaksa menerima dan setuju jugalah! Nak buat macam manakan? Kalau tak ikut nanti dikata anak derhaka! Hmm... Terima sajalah Dania Najwa oiii! Walaupun kau tak kenal bakal suami kau tu! Kenal maka tak cintalah! Cehhh! Berfalsafah pulak aku!


JANGANLAH TAK JADI (BAB 1)

       KATA orang kalau tak kenal maka tak cinta. Betul ke? Entahlah aku sendiri pun tak tahu sama ada betul ataupun tak. Eh sudahlah! Dengan falsafah cintan-cintun ni! Dania Najwa tolong fikirkan masalah yang sedang kau hadapi sekarang ni! Bidas otakku. Macam mana aku hendak suruh mama jangan mengasak dan mendesak aku berkahwin dengan lelaki yang aku sendiri tak pernah kenal! Huh.. Cinta? Lagilah asing dalam hidupku. Ligat kepala otakku berfikir mencari idea sambil jariku mengetuk permukaan meja kerjaku. Apa lagi yang kau fikirkan tu? Mintak tolong sajalah kawan baik kau tu! Merangkap akak ipar kau Alisyah a.a.k.. Bidas otakku sekali lagi. Hah! Ya tak ya jugakan. Aduh! Kenapalah aku tak terfikir daripada tadi! Tak adalah aku berserabut macam ni! Hu..Hu..Hu.. Kau dah memang berserabut pun. Kutuk hati kecilku. Yelah! Jawabku marah.

       Aku mencapai tas tangan lalu mengambil telefon bimbitku dan terus mendail nombor sahabatku Alisyah. Tak sampai beberapa saat suara lembut Alisyah kedengaran di corong telefon.

        " Ada apa kau call aku ni?
       
       " Aik? Tak boleh call kau lagi ke? Aku taulah tak lama lagi kau nak jadi mak orang. Takkan aku call kau pun kau dah tak nak cakap lagi dengan aku kut!"

       " Ha..Ha..Ha.. Sensitif betullah kau ni Dania. Aku cakap macam tu pun kau dah merajuk. Mengalahkan aku yang tengah mengandung aje. Kau call ni, tentu ada masalahkan? Betul tak?"

       " Yup! Betul pun. Alis, aku buntulah. Aku tak tahu nak buat apa! Kalau aku tentang hasrat mama habis-habisan macam mana? Aku tak boleh terimalah dan lagi satu aku belum ready nak sandang title wife macam kau sekarang."

      " Apa yang kau merepek ni Dania? Jodoh pertemuan semua Allah tentukan. Aku sokong apa mama buat ke atas diri kau tu. Hello's miss Dania Najwa, apa kau ungat umur kau tu muda lagi ke? Dah D-U-A  P-U-L-U-H  L-A-P-A-N tahun tau tak! Dua puluh lapan tahun. Apa salahnya mama tolong carikan kau pasangan hidup. Sampai bila kau nak membujang? Sampai umur kau dah meningkat 40-an ke? Atau kau tunggu aku sampai dah bercicit? Terima sajalah Dania, inilah masanya kau mempunyai keluarga dendiri. Cinta dan kasih sayang tu boleh di pupuk. Insya-Allah."

      " Entahlah Alis. Aku taj taulah! Aku sekarang betul-betul buntu! Kau tau tak aku tak kenal langsung siapa lelaki tu. Macam mana aku nak berikan dia kasih sayang dan cinta aku pada diri dia Alis? Sedangkan orangnya tak pernah aku tengok. Entahkan apa lagi bersua empat mata dengan orangnya tu. Kau cakap senanglah Alis! Cuba kau kat tempat aku. Boleh ke kau terima dan setuju? Boleh ke kau hadapinya? Boleh ke? Tentu takkan? Aku admit memang mama nak sangat tengok aku ada keluarga sendiri. Tapi, aku nak buat macam mana lagi? Jodoh aku belum sampai. Kau sendiri yang cakap tadi jodoh pertemuan semua Allah tentukan. So, aku berserah dan terima qada dan qadar-NYA. Aku tak boleh Alis! Aku tak boleh!"

       " Dah tu! Kau nak tunggu siapa pinang kau? Datuk? Tan Sri? Raja? Atau si Macha yang jual roti canai kat kedai Mamak hujung jalan tu? Kan aku dah cakap tadi! Kasih sayang dan cinta boleh di pupuk. Insya-Allah. Kau percayalah Dania. Aku yakin kau boleh. Aku tanya kau. Salah ke seorang mama mencari kebahagiaan untuk anaknya sendiri? Salah ke seorang mama yang ingin sangat melihat anaknya berumahtangga? Salah ke? Aku tanya kau Dania salah ke? Kau boleh lakukan Dania. Aku tahu kau seorang anak yang baik dan dengar kata. Manalah tahukan Kuasa Allah tiba-tiba kau jatuh cinta pandangan pertama pada suami kau nanti. Kita tak tau bila ia akan terjadi. Itu semua takdir Allah dan siaplah kita sebagai hamba-NYA hendak menolak ketentuan yang telah di tetapkan untuk kita. Betul tak?"

1 ulasan:

  1. Kisah nie tak siap lagi....Inya-ALLAH nanti siaplah....hehehehehehhe

    BalasPadam