Blogger Templates

Rabu, 11 April 2012

DELIMA CINTA milo&nescaffe...

SINOPSIS

" Wei pak cik! Dahlah badan kau macam ikan sardin ada hati nak kutuk aku. Kalau dah salah tumpahkan air milo orang cakap ajelah! " ~ NURUL AZ-ZAHRAH.

" Hoi cik 'Pendek' tak cukup tinggi! Kau tu tumpahkan air nescaffe aku tak apa pulak? Suka-suka hati kau aje nak cakap aku macam ikan sardin! " ~ MUHAMMAD NUR IRFAN.

Aku mengetap bibir dengan geram sekali.. " Huh! Kau memang sajakan nak cari masalah dengan aku! Eeee!!! Hantu galah punya manusia nie! "  ~ NURUL AZ-ZAHRAH.

Lelaki itu memandang kusinis. " Woi Mak cik ketut! kau tu pun saja jugak cari masalah dengan aku. Dasar pendek bin kemetut punya budak! Huh! " ~ MUHAMMAD NUR IRFAN.

Nah!!! itu dia LELAKI yang sentiasa membuatkan hidup aku tak pernah selamat dan aman sekali. Bila bertemu empat mata pasti pergaduhan antara Iraq dan Afganistan akan tercetus. Entahkan bila boleh aman pun tak tahulah..Nak tahu apa kesudahannya, bacalah apa yang berlaku antara aku dan si Mat tiga suku tu.. He..He..He..


BAB 1 ( DELIMA CINTA milo dan nescaffe)

SAMPAI bila perang dingin aku dan lelaki tiga suku itu akan berakhir ya? Serasa tak tahan nak menghadap muka dia dekat pejabat tu hari-hari. Dasar lelaki mulut hanget! Kutuku berkepuk-kepuk bersama hati sebal. Aku melontar pandangan ke arah luar sambil menikmati air milo panas. ops! Jangan tak tahu ya. Air milo adalah minuman kegemaranku. Sungguh aku over dengan air milo dari air yang lain-lain yang beraneka jenis itu. Pelikkan diriku? Memang dari kecil aku gemar minum air milo dari air yang lain. Sampai umi aku pun naik hairan dengan satu perangai aku ni. Mana tidaknya, hanya air milo saja  aku minum.


      Berbalik pada cerita aku yang tergendala sebentar tadi. Aku rasa nak cekik-cekik mamat galah tu tau! Yelah, sesuka hati dia langgar aku dan menyebabkan air milo aku tumpah cantik atas kemeja putih yang aku pakai waktu itu. Sah! Memang mata lelaki hampe ni suka cari masalah dengan diriku. Kalau ikutkan hati mahu saja aku layangkan sebijik penumbuk ke arah muka jambu dia. Apa dia ingat aku kerja dengan syarikat bapak dia aku takut ke? Huh! Silap oranglah! Anak bos ke, anak bapak ke aku perduli apa! Siapa suruh cari masalah dengan aku. Ada aku mintak dia cari fasal dengan aku? Tak adakan? Hmm.. Memang dia saja nak cari gaduh. Dasar Mat galah buluh berlantung. Hesy! Sakitnya hatiku.


     " Wei pak cik! Dahlah badan kau macam ikan sardin, ada hati nak kutuk aku! Kalau dah salah tumpahkan air milo orang cakap ajelah ! " suaraku dengan nada tinggi. bibir sudah kuketap geram. Mana tidaknya, habis baju kemeja aku bermandikan air milo. Kalau sikit tak apa juga, aku masih boleh terima. Ini tak dapat terima lagi dahh!


    " Hoi cik 'Pendek' tak cukup tinggi! Kau tu tumpahkan air nescaffe aku tak apa pulak? Suka-suka hati kau aje nak cakap aku macam ikan sardin! " herdik lelaki itu sambil menunjukkan kesan air nescaffe yang tumpah pada kemeja putih baju berlengan panjangnya itu.


       Aku mengetap bibir dengan geram sekali.. " Huh! Kau memang sajakan nak cari masalah dengan aku! Eeee!!! Hantu galah punya manusia nie! " semburku marah sekali.


      Lelaki itu memandang kusinis. " Woi Mak cik ketut! kau tu pun saja jugak cari masalah dengan aku. Dasar pendek bin kemetut punya budak! Huh! "


       Mencerlung mataku memandang dirinya. Mulut dia nikan memang tak ada permis insurans langsung betul! Suka hati kakak tiri pak cik dia saja nak cakap aku ' kemetut '! Aku tahulah kau tu tinggi macam galah buloh! Tak usah lerrr nak kerek dengan aku. Huh! Kutukku berbakul-bakul dalam hati. Lelaki yang bernama Muhammad Nur Irfan sememangnya tidak sebulu dan serama-rama pun. Pantang bila kami bertemu pasti tercetus peperangan diantara negara Iraq dab Afganistan. Nasib baik tak Gohaitstan. Heee....! Menyampah pulak aku tengok mamat tunjang ni!


       " Lain kali mata letak betul-betul kat tempat sepatutnya! Bukan mata tu letak kat buku lali kaki nie. Faham Mis Kemetut! " ujar lelaki itu sinis sekali dengan mata terbeliak. 


     Aku menjeling benci. Eleh! Nasib baik kau tu jauh dua, tiga jarak dengan aku. Kalau tak sudah lama kau kena pelangkung dengan aku  mamat senget! Nak cari masalah memang dialah nombor satu. Eeee..! Kenapalah manusia ni wujud dalam hidup aku? Suka sangat mencari hal dengan diriku. Aduhai hati.. Sabarlah yerk. Aku mengurut dada perlahan.


       " Dahlah! Malas aku nak layan mamat kerempeng macam kau ni. Buat hati aku bertambah-tambah sakit aje. Huh! Benci aku dengan kau! " kataku pedas dan terus berlalu pergi bersama hati yang sebal.


       " Hoi!!! Kau ingat aku suka kau ke? Dahlah pendek macam ayak katik. Perasan cantik konon! Aku tengok muka kau lagi beribu-ribu juta hati aku sakitlah! " jerit lelaki tiga suku itu kuat sekali. Aku hanya buat selamba derk saja. 


      Hmm.. Tak kuasa aku nak melayan mamat sardin tu. Buat menambah dosa aku saja mengutuk ciptaan-NYA. Daripada aku terus-terus membalas kata-katanya baik aku mendiamkan diri lagi bagus. Orang macam dia tu baik bagi ikan Josh makanlah. Campakkan dia dekat dalam laut biar dia kena makan dengan ikan-ikan ganas baru padan muka! Hesy! Geramnya aku dengan si poyo ni. Bentakku geram.

       Mana aku tak geram dengan lelaki tu! Gara-gara dia baju aku kotor dan berbau milo. Sudahlah petang nanti aku ada mesyuarat. Tak akan aku nak hadiri mensyuarat dalam keadaan macam ni? Macam orang sakai saja diri aku. Aku melepaskan keluhan kecil. Hmm.. Nak call mama tak? Hu..Hu..Hu.. Aku rasa tak perlu telefon mama. Tak nak menyusahkan mama. Arghh! Lantaklah sama mereka semua nak kutuk aku ke apa ke. Bukan mereka yang belikan baju aku. Suka hati akulah! Bukan aku minta pun mereka tolong cucikan baju aku. Kalau tak si Mamat tunjang punya angkara, dah lama aku wachaaa!..Aku bermonolog sendirian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan