Blogger Templates

Khamis, 12 April 2012

DELIMA CINTA milo&nescaffe...(BAB 2)

DELIMA CINTA milo&nescaffe (BAB 2)

     " ZARA, mana fail tapak projek yang saya suruh awak siapkan tu? " tanya Datuk Ilham lembut.


      " Ada Datuk. Fail tapak projek tu dah lama siap. Cuma saya tak sempat nak hantar pada Datuk. Maaf yerk Datuk." kataku dengan berterus-terang.


      " It's okey. Saya tak kisah pun. Dalam pukul dua petang awak datang ke bilik saya ya. Ada perkara penting saya nak bincang dengan awak hal tapak projek rumah teres di melaka. Okey Zara? " 


       " Yes Datuk." jawabku lembut.


        " Oh ya. Zara, nanti tolong berikan barang ni pada Irfan. Pesan pada Irfan suruh dia call saya ya." Datuk Ilham memberi beg plastik yang agak sederhana padaku.


       Dengan malas aku mengambilnya. " Baik Datuk." jawabku lemah.


        Aduh! Ni yang malas nak bertemu empat mata dengan Mamat tunjang tu. Pasti ada peperangan akan tercetus diantara kami.Datuk Ilham pun satu. Kenapa tak minta tolong sama akak Endah? Ini aku juga yang kena bagi. Nak bagi pada musuh HN1 aku pulak tu! Dahlah aku tak seteru dengan Mamat galah tu. Heee... Apa boleh buatkan? Dah dia anak bos besar dalam sayrikat ni. Aku sebagai pekerja hanya mematuh apa yang disuruh sahaja. Mana boleh ingkar kata boskan? Jika ingkar bermakna memang sah-sah cari balalah jawabnya.


      Dengan langkah malas aku menuju ke bilik Mamat tunjang yang tidak jauh dari bilik pejabatku. Malas betul nak hadap muka tak cukup bangunan tu! Alahaiii.... Nasib baiklah ini waktu pejabat. Kalau tidak sudah lama kena goreng dengan diriku. Heee... Tanpa memberi salam, aku terus menyelinap masuk ke dalam biliknya dengan wajah yang masam mencuka. Huh! Cuka pun tak semasam muka tahu tak Zara! Eeee... Sibuklah kau! Tungkasku dalam hati.


       " Woi Mamat kerempeng cicak kubing! Ni tadi bapak kau suruh berikan barang ni pada kau dan lagi satu bapak kau suruh call dia sekarang. Itu aje aku nak sampaikan pada kau. Okay, aku blah dululah. Pandang muka kau rasa nak termuntah pulak! " Aku meletakkan barang yang diberi oleh Datuk Ilham diatas meja lelaki itu. Aku seperti biasa membuat muka toya dan meluat. Ops! Lupa. Aku juga turut memberi kata-kata pedas pada lelaki itu.. Hmm, biarkan dia rasa.!


      " Dasar pendek! Masuk bilik aku tak reti bagi salam. Masuk dah macam tikus munduk aje lagaknya. Hoi jebauk rasa-rasa kalau nak makan nasi, tolong jaga sikit mulut longkang kau tu erk! Bukan main cantik ayat kau tu. Patutlah pendek macam ayam serama." sindir lelaki itu tanpa mahu mengalah.


      Terbelalak mata bulatku apabila dia menggelarkan aku ' jebauk '. Uiksss.. Bintang apa tu? tal pernah pula aku dengar nama binatang jebauk. Mamat senget ni memang nak kena dengan akulah. Sesuka hati anak mak tiri dia cakap aku seperti ayam serama! Apa, ingat dia tinggi macam galah tunjang aku takut ke? Huh! sorry to sorrylah.. Hesy!!! Bikin hati wa panaslah Mat senget ni.


       " Hoi! Mulut kau tu cantik sikit erk! Kang tak pasal-pasal makan sup tumit tinggi empai ici ni. Jangan selamba derk kau aje cakap aku macam tu bro! " kataku sinis.


      " Tahu pulak marah Minah serama macam kau ni. Aku fikirkan kau tak tau nak marah! Wei derrr! Lain kali masuk bilik orang beri salamlah. Jangan pakai terjah macam tikus munduk. Apalah kau punya perangai ni. Teruk dan hodohlah." jawab lelaki itu dengan muka selamba.


      " Mulut kau kannn!!! Memang mulut taik kucing tau tak! Lu sudah bagi wa marah sama lu Mat senget." 
  
      " Kau punya mulut itik tu, apa kurangnyakan. Mulut taik ayam serama bagai! Nasib baik kau tu permpuan tau. Huh, kalau lelaki dah lama aku humban kau dalam liang lahad!"


      " Halamak aiii! Cantiknya bahasa kau? Kau ni kannn!!! "

    Puppp!!! Puppp!!!


     " Kau apsal hah?! Suka-suka kau aje nak humban aku dalam liang lahad? Sebelum kau nak humban aku! Biar aku humban kau dulu dalam lubang liang lahad dan lepas tu, terus aku baca doa arwah untuk kau sekali! " herdikku dengan marah sekali.


      " Pendek!!! Sakitlah begong! Kau ni kenapa? Sakit doh lengan aku. Baik kau berambus dari bilik aku sekaranggg! " jerit lelaki itu lantang sekali.


      Aku menjeling tajam ke arahnya. Setakat dia menjerit macam Tarzan tu, tak ada sedikit pun buat diri aku gementar. Padanlah muka dia! Siapa suruh cari masalah dengan akukan? Aku memang pantang kalau orang suka cari pasal. Lantak sama dialah! Bukan syarikat dia, tapi syarikat bapak dia. Lelaki itu tak ada hak nak pecat aku pun. Lelaki ini dari sejak zaman Universiti tak pernah ada pasang surut mahu berdamai dengan aku. Ada sahaja masalah dia timbulkan.


        " Lain kali mulut tu... Tolong jaga sikit okey. Nak bercakap tu biarlah berlapik sikit bro. Wa talak suka lu punya mulut yang macam baru longkang tu! " sindirku pedas.


        " Kau memang segaja nak cari masalah dengan aku! Bukan aku tak tahu yang kau sukakan aku! Huh! Dasar pendek bin kemetut. Ada hati nak aku. Heee... pleaselah jangan perasan." balas Irfan dengan sombong bodoh.


      " Eyuuuuwwww......! Hey Mat senget! Tolonglah jangan perah santan terlebih boleh tak? Bila masa aku ada hati dengan kau pulak? Wei! Apa kau ingat, aku hamak sangat ke nak bersuamikan Mamat senget macam kau ni? Dahlah macam jembalang tanah! Husyy..!
Bak kata pepatah cintalahkan, pinggan tak retak nasi tak dingin. Apa kau ingat aku hingin ke? Mati hidup semula pun aku tak nak." 


       Kataku selamba dengan hati yang panas meluap-luap. Aku rasa boleh dapat darah tinggi terus. Gara-gara si Mamat mangkuk tingkat bin ayun inilah. Aku dan dia tak sebulu langsung! Ada saja benda nak digaduh dan di jadikan isu antara kami berdua.


       " Aku tak nak bersuamikan galah tunjang macam kau ni. Baik aku jatuh hati dan sayang kat Fahrin Ahmad lagi bagus daripada kau tu Mat senget." Sambungku lagi.


      " Hmm.. Kalau dah suka kat aku cakap ajelah terus terang. Tak usah kau nak bagi alasan bagailah Zara! "


    " Hoi!!! Kau ni gilalah aku rasa. Boleg blahhh lah weiii! " jeritku kuat dekat telinga lelaki itu dan aku terus berlalu keluar bersama hati bengkak.


    " Megong (begong) 
    
      

     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan