Blogger Templates

Selasa, 17 April 2012

~ RiNdU PaDaMu MeMbAwA DeRiTa..... ~

Rindu padamu membawa derita...


Abang,
Sesekali bila difikirkan aku merasa amat malu kerana terpaksa menangis di hadapanmu. Yang kurisaukan lagi kerana fikiranmu turut terganggu dengan gelagatku.

Namun sayangku, apa lagi mampu kulakukan setelah kerinduan yang ditanggung tidak dapat dibendung lagi. Hanya air mata pengubat luka dan gundah-gulana. Sehari tak jumpa setahun rasanya derita.

Sesungguhnya abang, tidak ada yang lebih pedih dan bisa selain merinduimu!


Seboleh-bolehnya aku tidak mahu mengulangi kerinduan yang panjang ini. Cukuplah sekali. Namun mampukah aku bertahan dengan hakikat hidup yang kita lalui sekarang?

Bukanlah niatku mendesak dan memaksa tetapi aku juga inginkan hak aku terhadapmu. Kadang kala aku merasakan kehadiranku di sisimu tidak membawa apa-apa makna lantaran merasakan kehadiranku tidak kau hargai!

Janganlah aku dibiarkan terkapai-kapai antara kenyataan dan dunia fantasi cinta kita. Aku tidak sanggup menahan seksa dan kerinduan ini. Cukuplah sekali abang!

Aku sedar siapa diriku dan siapa dirimu. Tetapi kita tidak mungkin berpatah balik lantaran hatimu dan hatiku sudah tersimpul mati dalam satu ikatan yang dinamakan kesetiaan.

Paling tidak ikatan ini boleh kita gunakan untuk menebus semula keindahan musim cinta yang telah kita tinggalkan pada masa lalu.

Aku benar-benar mengharapkan dirimu untuk melindungi aku pada ketika-ketika tertentu lantaran kita tidak mungkin dapat hidup bersama.

Apa pun kita harus kembali kepada kenyataan. Aku akur dengan tanggungjawab yang kau pikul. Bukanlah niatku mengganggu hidupmu tetapi kau juga perlu membahagiakan diriku.

Berilah sedikit ruang di sudut hatimu untuk aku berteduh dan bermanja.

Bukan emas, wang ringgit dan harta yang kuinginkan. Cukup sekadar kasih sayang dan belaian manjamu. Sesungguhnya abang, aku terkilan kerana kita berdua telah melakukan kesilapan besar dalam membuat keputusan tentang masa depan dan kebahagiaan kita bersama.

Namun aku akur pada kehendak takdir. Kita hanya manusia biasa yang hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukannya. Aku pasrah kepada susun atur perjalanan hidup kita dan berharap engkau akan terus menyayangiku sampai bila-bila.

<3 LUAHAN HATI SEORANG WANITA <3

1 ulasan:

  1. sabar la duhai teman, Tuhan selalu memberi apa yang kita PERLU bukan apa yang kita MAHU, kalau rindu kepada manusia hanya mencambah lara, alihkanlah rindumu kepada Dia pemilik RINDU yang hakiki.. bahagia pasti menanti...

    BalasPadam