Blogger Templates

Selasa, 3 Julai 2012

CINTA AWAK DAN SAYA......

CINTA AWAK DAN SAYA.......

BAB 2

" TENGKU Nur Hakim...!!!!! Boleh tak kau jangan nak menguji tahap kesabaran aku? Kenapa kau dengki sangat dengan aku? " laungku lantang sekali.

Mana tidaknya, habis tayar kereta aku dipancitkannya. Dia ni memang nak kena dengan aku. Ya Allah... Kau sabarkanlah hati hambaMu ini. Doaku dalam hati sambil mengurut dada perlahan-lahan.

" Apa hal kau terpekik terlolong macam orang tak siuman ni? Apa ingat ini tanjung rambutan ke...!!! " suara musuh seteru aku dari arah belakangku.

Seratus sembilan puluh darjah aku memusingkan badan menghadap mukanya yang toya itu. Meluap-luap amarah aku apabila memandang wajah dia dihadapanku. Ikutkan hati, memang sudah lama aku cekau-cekau sampai terkoyak kulit muka dia yang handsome tu... Kenapalah dia tak habis-habis nak buat aku marah saja. Aduhaiiii.... inilah padahnya berkahwin dengan orang tak ada hati dan perasaan.

" Kau tengok sini....! " terus jari terlunjuk aku menunjuk ke arah tayar kereta yang kempis itu padanya.

Dia mengangkat ke dua belah keningnya dengan muka selamba. " Jadi apa masalahnya dengan aku? Bukan aku yang buat tayar kereta kau jadi macam ni..."

Membuntang anak mataku apabila dia berkata seperti orang tak ada perasaan.

" Habis, siapa buat tayar kereta kau ni? Hantu ke? "

" Cik Dalieya Iman... Boleh tak pagi-pagi macam ni kau jangan nak hangin satu badan... Tak boleh ke kau tanya aku elok-elok? Aku ni suami kau tau tak... Tolonglah hormat sikit, jagalah adab bila bercakap dengan aku... Ini tak, terpekik terlolong sana-sini.... Apa kau tak tahu hukum hakam agama ke? Berdosa tahu tak bila kau meninggikan suara pada suami...."

Panggggg....!!!!

Terasa perit pipiku apabila mendengar setiap kata-kata yang diucapkan oleh lelaki yang bergelar suamiku. Tidak berkelip mataku memandang lelaki dihadapanku ini. Bagaikan dalam mimpi sahaja, Sungguh aku tak percaya dan tidak terduga. Sepanjang aku menjadi isterinya, tidak pernah sama sekali dia menegur sikap dan kelakuan aku yang kurang ajar dengan dirinya. Adakah aku yang tak perasan dan tak pernah ambil tahu tentang hal dirinya? ' Mana pernah kau nak ambil tahu hal kisah suami kau tu Dalieya.... Itulah kau, ikut kepala kau saja... Sekarang kau tanggunglah sendiri dosa kau terhadap suami kau tu...! ' kutuk hati kecilku. Ya, aku akui memang salah aku dan aku telah banyak melakukan kesilapan. Aku mengeluh perlahan. Anak mataku redup memandang wajahnya yang selalu mendamaikan. Ya, wajah lelaki itu memang tenang dan damai sekali. Hanya aku keraskan hati tidak mahu melihat wajah itu. Kerana bagi aku wajah itu selalu membuat diri aku menjadi benci tak kala memandangnya.

" Sudahlah, Mari aku hantar kau ke tempat kerja... Nanti aku telefon kawan aku suruh betulkan tayar kereta kau yang kempis ni. Aku dah lewat nak ke pejabat ni." suara Tengku Nur Hakim lembut dan terus berlalu ke kereta mewah miliknya.

" Sekejap... Saya nak ambil beg tangan dan fail kerja saya kat dalam kereta ni." kataku lembut.

Pada waktu yang sama langkah kaki Tengku Nur Hakim mati disitu, lantas dia berpusing memandang aku dengan dahi berkerut seribu. Aku pasti sudah dapat agak, mesti dia hendak tanya mengapa secara tiba-tiba aku berbahasakan ' saya ' padanya. Entahlah aku sendiri pun tak tahu kenapa. Buat masa sekarang aku tak dapat nak berfikir secara normal. Alahai Dalieya oh Dalieya...

" Okay jom kita gerak sekarang... Nanti jalan sesak pulak kalau kita lambat..." aku terus masuk ke dalam perut kereta mewahnya itu tanpa sedikitpun memandang wajahnya.

" Hmm, okay...." jawabnya sepatah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan