Blogger Templates

Selasa, 3 Julai 2012

CINTA AWAK DAN SAYA......

CINTA AWAK DAN SAYA...

BAB 3


    Aku melepaskan satu keluhan kecil. Betul ke apa yang aku buat sebentar tadi? Selama ini aku ke yang bersalah dan tidak pernah hormatkan dirinya segabai seorang suami? Adakah aku terlalu ego dan sombong? Aku berdecit perlahan. Terasa sakit kepala pula apabila memikirkan hal rumahtangga antara aku dan lelaki itu. Aku sedar, sepanjang perkahwinan aku dan dia, aku terlalu banyak bersikap kurang ajar dan langsung tidak menghormatkan dirinya itu sebagai suami aku. Malahan, aku layannya seperti orang luar yang aku tak kenali. Sungguh aku berdosa melayan suami seperti itu. Bertapa tegarnya hati aku membuat dia macam itu. Ya ALLAH.... bertapa dosanya aku pada suamiku... kataku dalam hati. Aku meraup muka perlahan-lahan.

" Assalamualaikum... bos sedang menungkan apa tu? Macam ada masalah negara yang kritikal saya tengok..." tegur satu suara.


   Tersentak aku dibuatnya. Nasib baiklah aku tak ada lemah jantung kalau tak, sudah jalan aku. Aku berdecit perlahan.

" Kenapa awak masuk tak beri salam? Bukan saya dah kata pada awak, sebelum nak masuk ke bilik saya perlu ketuk pintu dan beri salam ke? Itu pun awak tak boleh nak buat ke Nani? Atau kamu nak saya ajarkan? " tegurku dengan emo sekali.


" Maafkan saya bos. Saya beri salam, tapi Puan Dalieya asyik sangat layan perasaan. Bos ada masalah ke? " 


  Aku memandang wajah pembantuku lama. Aku melihat Nani berasa tidak selesa apabila aku tenungnya terlalu lama. Aku pun tak sedar bila Nani mmeberi salam padaku. Entahkan bila Nani masuk pun aku tak perasan. Kesian Nani, tak pasal-pasal kena marah dengan aku secara percuma. Aku tahu dia tak salah, cuma aku uang terlalu emosi pagi-pagi begini. Kepala otak aku berserabut memikirkan hal rumahtangga aku dan suamiku. Mama, kalaulah mamam tahu anak mama ini tak pernah menjalankan tanggungjawab sebagi seorang isteri tentu mama kecewa dan terluka. Ya Allah... Ampunkanlah dosa-dosa hambu-MU ini. Mama maafkan Dalieya. Hampir saja airmata aku hendak menitis. 


" Puan Dalieya okay tak ni? " tanya Nani dengan nada risau.


" It's okay... i'm okay." kataku lembut.


" Bos kalau tak sihat,baliklah berehat. Kalau puan ada masalah kongsilah dengan saya. Tapi, kalau puan rasa tak selesa nak kongsi dengan saya tak apalah. Puan rehatkan diri ya." ujar Nani penuh sopan sekali.


  Aku hanya mengangguk seperti burung belatuk. Aku tak tahu kenapa dengan diri aku saat ini. Apa yang aku lakukan semuanya ada sahaja yang tak kena. Aku membetulkan kedudukan di kerusi.


" Nani, ada apa-apa awak nak beritahu saya? Hmm... kalau boleh hari ini tolong cancel semua metting dengan mana-mana syarikat ya.  and one more thing, u tolong bagi fail ini pada papa saya ya. Okay." aku melihat jam tangan sudah menunjukkan angka pukul sepuluh pagi.


" Baik bos, nanti semua saya akan buat. Puan bos nak ke mana? " tanya Nani sambil mencatat sesuatu dalam buku diari.


" Mana-mana saja Nani. Asalkan dapat tenangkan fikiran dan hati ni Nani. Tadi awak yang beri cadangan  pada sayakan? " tanyaku.


" Betul jugak tu bos. Apa-apalah saya ni puan." ucap Nani dengan malu-malu.


" Okaylah Nani, saya pergi dulu. Assalamualaikum."


" Waalaikumusalam bos." jawab Nani lembut.


    Aku terus melangkah keluar dari bangunan yang cukup gah itu Mega Holdings kepunyaan papa dan mamaku. Aku tidak  tahu ke mana hendak aku tuju. Dalam kepalaku sudah berserabut dengan macam-macam masalah. Aku mesti mencari tempat yang boleh memberi diri aku menjadi tenang. Aku tak nak sakitkan kepala aku dengan ha-hal seperti ini. Mana aku nak pergi ya? Kalau aku pergi ke rumah mama, apa pula mama kata nanti? Aku mengaru-garu kepala yang tak gatal sambil ligat otakku mencari dentinasi ke mana arah hendak aku pergi. Telefon bimbitku berbunyi dan menjerit-jerit minta dijawab. Aku melihat di skrin tentera nama suamiku. Ya Allah... Aku betul-betul terlupa akan dirinya. Ampunkan dosa aku Ya Allah... Doaku dalam hati. Tidak sampai beberapa minit panggilan darinya terus aku jawab dengan tenang.


" Assalamualaikum, awak ada mana? "


   Aku menarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. aku tak nak dia tahu keadaan diri aku sekarang. 


" Waalaikumusalam... Saya ada dekat luar. baru habis metting dengan client ni. Ada apa awak call saya? "


" Oh... Maaf ganggu awak, nanti petang saya ambil awak okay. Tunggu saya datang jemput awak ya." suara lelaki itu dengan nada riang dicorong telefon.


   Aku tidak tahu hendak kata apa lagi. Kalau aku tak berterus terang mesti aku dan dia bertengkar lagi. Cukuplah selama ini aku banyak buat dosa dengan dirinya. 'Lebih baik kau berterus terang saja, dari kau tak beritahu lagi kau susah.' Sangkal hatiku. Ya tak ya jugakan, lebih baik aku beritahu pada dia.


" Hello are you there? "


" Ya, saya ada. Awak, sebenarnya kita bukan jumpa client tapi kita...." belum sempat aku hendak habiskan ayatku, dia mencelah.


" I call you back okay. I have to go now..."


" Hmm... Okey." talian terus kumatikan.


  Aku mengeluh perlahan. Anak mataku melerik ke kiri dan ke kanan jika ada teksi lalu di sekitar jalan ini. Tidak sampai beberapa minit sebuah teksi lalu di jalan ini, tanpa membuang masa aku menahan kereta teksi itu.


" Nak ke mana nak? " tanya pemandu teksi itu setelah aku masuk ke dalam perut kereta teksinya.


" Pakcik, tolong hantar saya ke jalan keramat ya." ujarku lembut.


" Baik nak." balas pemandu teksi itu dengan berbudi bahasa.


   Aku berharap Nazmi adalah dekat rumah. Jangan adik bongsu aku merayap sudah. Hanya dengan adik aku yang sorang itulah dapat teman aku di saat hati dan fikiran aku yang tengah bercelaru sesangat ketika ini. Mungkin inilah orang tua-tua kata lumrah alam rumahtangga memang ada perit dan perit dan tiada pemanisnya. Aik? apa yang aku merepek bukan-bukan? Aduhai....








Tiada ulasan:

Catat Ulasan