Sabtu, 30 Jun 2012
CINTA AWAK DAN SAYA........
BAB 1
Kata-kata mama sebentar tadi betul-betul buat jantung aku tersentap... Tak mungkin aku nak pergi ke tempat itu, sedangkan dia pun tak hingin nak nak menjejakkan kaki kaya dia dekat rumah Tok Wan aku... Hesy!!! orang macam dia, lebih baik baling dalam gaunglah... Lagi senang tak ada mata aku ni nak menghadap muka dia hari-hari... Naik kembang tekak aku hendak melihat muka toya lelaki itu. Walalupun dia itu suami aku tetapi, aku dan dia bukan pasangan suami isteri yang sedang dalam bahagia asmara. Pantang sekali bila bertembung empat mata dengan dia pasti aku dan dia berperang mulut. Aku dan lelaki itu memang tak boleh berjumpa, kalau berjumpa saja habislah rumah yang kami duduk ini bergegar macam nak runtuh gamaknya...
" Hoi nenek kepoh! Apa lagi yang kau berangankan tu? Kalau kau berangan-angan nak anak handsome macam aku ni, memang taklah kan... Jangan kau mimpi ada anak dengan akulah.." aku menjeling benci apabila dia berkata seperti itu.
Apa dia ingat aku hamak sangat nak ada anak dengan dia... Hmmm, bagi percuma pun aku tak mahulah. Lebih baik aku cari suami yang baik dan penyayang, bukan macam dia hantu jembalang tanah. Dengan muka tak puas hati aku menjawab kata-katanya.
" Wei Mat Sengal! Aku pun tak hingin nak ada anak dengan kaulah.. Ingat muka tu kacak sangat ke? Handsome sangat ke? Tampan sangat ke? Hmm... Bagi free pun aku tak naklah...."
" Mulut kau ni memang tak makan saman... Agak-agak kalau aku sumbat buah durian ni kat dalam mulut kau yang bau longkang tu, rasanya boleh tak bisu? "
Kata lelaki itu menahan amarah. Aku langsung tidak berasa takut apa yang dia katakan itu. Tidak ada maknanya aku nak takut dengan Mamat Sumbing macam dia ni. Nasib baiklah sekarang ada dekat rumah mama aku, kalau dekat rumah sendiri sudah lama aku lumat-lumatkan dirinya menjadi keropok lekor. Aku tak boleh tahan dah dengan si Mamat hantu ni...
" Hei...! Sebelum kau nak sumbat aku buah durian tu kat dalam mulut aku, mari sini aku sumbat lada cili kat dapur tu dalam mulut kau... Apa kau ingat aku tak berani buat ke? Eeeee...!!!! Naik darah tinggi aku bertekak dengan kaulah.."
" Siapa suruh kau cari masalah dengan aku? Padanlah muka kau tu... Cepat sikit kau jalan..."
Zuppp!!!!!
Perhhhh!!!! Kata-kata yang pedih tu... Sesuka hati nenek mak ayah tiri dia saja cakap macam tu dekat aku. Ini buat hati aku panas sesangat ni. Pantang betul aku bila orang cakap macam itu degan aku. Suami tak suami aku perduli apa, ini mulut kalau dah macam tungki memang taklah. Tak ada nak bagi sabar-sabar dah.
" Kau ni kenapa?? Apa masalah kau hah!!! Aku tak cakap kau mati pun, tapi kau cakap macam tu kat aku... Kurang ajar betul mulut kau tu... Aku benci berlaki dengan kau tau tak!!!...." jeritku bersama hati yang terlalu sakit.
Setiap kata-kata dia sebentar tadi telah membuat aku benar-benar marah.
" Kau tu yang tak habis-habis nak cari masalah dengan aku kenapa? Kalau kau benci nak berlaki dengan kau.... Aku seribu kali benci nak beristerikan kau tau tak....!!! " balas lelaki itu yang tak mahu mengalah.
Aku merenung tajam ke arahnya. " Hmm.... kalau macam tu apa kata kau ceraikan aku... Aku dah tak sanggup nak berlakon menjadi isteri semesra kau tu..."
" Perjanjian tetap perjanjian... Kau jangan nak macam-macam dengan aku... Kalau kau cuba buat sesuatu diluar jangkaan, jangan menyesal kalau apa berlaku kat diri kau tu... Ingat dan sematkan kata aku dalam kepala otak kau tu." ujarnya dengan nada serius.
Aku diam membisu...
Sabtu, 26 Mei 2012
BAB 1
Arghhhh!!!! Mana mungkin aku nak terima pinangan auntie Liesyah.... Tidak mungkin aku nak bersuamikan si Mamat senget tu! Pandang muka dia pun aku nak termuntah tahu tak! Aduhai.... Kenapalah mama aku tak tolak saja pinangan auntie Liesyah tu.. Tengok sekarang apa sudah jadi dekat diri aku... Huhuhuhu,,, Mama janganlah buat anak mama macam pesalah menanti hukuman saja... Aku melepaskan keluhan kecil dan pada masa yang sama otakku ligat berfikir mencari alasan menghalang mama dari terus menerima pinangan auntie Liesyah itu.. Tidak! Tidak! Tidak! Aku tak akan biarkan perkara ini berlaku... Ya, Aku harus cari jalan...
" Kenapa anak mama ni? Macam ada masalah negara aje mama tengok. " tegur mama yang sudah pun duduk di sebelahku.
Aku hanya tersenyum apabila mama mengajukkan soalan itu padaku. Memang anak mama ada masalah pun! Bukan masalah negara, lebih dari masalah negara ni mama oiii.... jawabku dalam hati...
" Tak ada apalah mama... Ni tengok cerita korea full house.. Kelakarlah betul cerita ni mama." lain mama tanya, lain pulak aku jawab. Alahaiiii Dalieya.... Dalieya.... Apa-apa sajalah kau ni...

Selasa, 15 Mei 2012
SEPUCUK SURAT DARI IBU.....
PANGGGG!!!!!!!... Terasa hangat pipi Iskandar di tampar ibunya... Iskandar memegang pipinya yang membahang. Iskandar bertekad meninggalkan rumah. Iskandar mula mengemas baju-bajunya. Iskandar keluar dari bilik membawa satu beg pakaian dan mula melangkah keluar dari rumah. Ibunya menahan dirinya dari terus terus keluar. Tetapi... Iskandar tetap berkeras untuk pergi jauh dari ibunya. Hatinya sakit!!!! Ibunya hanya mampu menangis melihat Iskandar semakin jauh dari pandangan....
4 TAHUN KEMUDIAN......
IBU Iskandar menulis sepucuk surat buat anaknya yang tersayang dan diingati selalu.... Iskandar kini sudah mempunyai segalanya... Harta, wang dan kehidupannya telah berubah sama sekali... Suatu malam Iskandar telah bermimpikan ibunya... Iskandar melihat ibunya berpakaian serba putih. Ibunya datang dalam keadaan tersenyum dan berkata " Pulanglah anakku... ibu amat merindui dirimu..."
Iskandar tidak mengendahkan mimpi itu dan dia melakukan tugas hariannya seperti biasa..... Sebulan selepas itu Iskandar termimpi ibunya sakit tenat.. Iskandar bangun dan terus bersiap untuk pulang ke kampung bertemu dengan ibunya.... Dahulu dia enggan pulang walaupun rindu pada ibunya bertamu di hatinya... Sesampainya dia di rumah milik ibunya, Iskandar terlihat halaman rumahnya yang tidak terurus... Tanda tanya mula bermain di kotak fikirannya... Iskandar menarik nafas dalam-dalam lalu di hembuskan perlahan. Dia mengetuk pintu rumah ibunya... Tetapi malangnya tiada siapa yang membukaknya... Rasa hairan mula datang menyapanya....
Iskandar memanggil ibunya sambil mencari... Namun, kehampaan semakin menguasai hatinya. Kelibat ibunya yang dirindui itu tidak juga ketemu... Tiba-tiba Mak Usu, sahabat baik ibunya muncul...
" Eh Iskandar!!!!... Kenapa baru sekarang kau balik... Kau tahu tak yang mak kau tu rindukan kau sangat. Setiap hari menunggu kau di jendela. Harapkan sangat kau balik! "
" Emak mana Mak Usu??? " tanya Iskandar dengan suara bergetar.
Mak Usu melepaskan keluhan kecil sebelum menjawab pertanyaan Iskandar. " Mak kau dah pergi jauh dari kita Is. " Sambil menghulurkan sepucuk surat yang sudah siap bersetem.
" Mak kau nak utuskan surat ini pada kau... Tapi... Dia tidak tahu alamat tempat tinggal kau." Iskandar menyambut huluran Mak Usu.
" Terima kasih Mak usu, saya nak minta tolong dari Mak Usu boleh?? " tanya Iskandar.
" Boleh nak, kalau mak Usu boleh tolong Mak Usu tolong." Jawab Mak Usu ringkas.
" Mak Usu boleh tak tolong tunjukkan saya di mana kubur mak saya?? "
" Boleh nak... Marilah ikut Mak Usu..."
Rasa sebak mula menerobos masuk ke pintu hati Iskandar sebaik saja melihat, dua batu nisan putih menunjukkan ibunya baru saja pergi... Airmatanya mula membuat satu empangan di kelopak matanya...IBU.... hanya itu yang terdetik di dalam hati Iskandar. Sungguh begitu sayu sekali...
" Iskandar marilah pulang nak. Hari dah lewat benar ni. Malam ni Is bermalam di rumah Mak Usu ya..." Iskandar menyeka airmata dari terus gugur dari kelopak matanya...
" Tak apalah Mak Usu, Is bermalam di rumah ibu sahaja."
" Kalau macam tu, tak apalah... Kunci rumah Mak kau ada pada Mak Usu... Sekejap ye.." Mak Usu membuka beg duit syling yang sentiasa dibawanya lalu mengeluarkannya kunci rumah ibunya.
" Nah, ambillah... Kalau perlukan apa-apa bagitau Mak Usu ye."
Iskandar membukak pintu rumah dan melangkah masuk ke dalam . Iskandar melihat sekeliling rumahnya... Tiada perubahan... Seperti baru semalam Iskandar melangkah keluar dari rumah itu... Kenangan semalam kembali menerpa seperti wayang gambar...
Iskandar melihat baju kemejanya yang baru telah berlubang akibat seterika terlupa diangkat...
" Ibu....!!!!!!!! " jerit Iskandar lantang.
Akibat terkejut dengan jeritan Iskandar, Ibunya terlepas cerek yang baru diangkat dari atas dapur. Malang tak berbau akibatnya kaki Ibu Iskandar melecur sedikit. Ibu Iskandar bergegas ke hadapan melihat apa yang berlaku. Sesampainya dihadapan, dia melihat Iskandar sedang membelek baju kemejanya yang sudah berlubang.
" Is, maafkan ibu ya nak... Ibu terlupa angkat seterika tu tadi sebab cerek dah berbunyi tadi..." ujarnya.
" Alaaaaaaa ibu ni.... Ada saja alasan....!!! Habis macam mana Is nak pergi ke rumah kawan Is nanti!!!... Ibu saja tak nak bagi Is pergikan???? " bentak Iskandar dengan berang sekali.
" Iskandar, ibu betul-betul minta maaf nak. Ibu tak segaja sayang.."
" Sudahlah ibu, Is tak nak dengar lagi!!!!!! " Marah Iskandar dengan nada tinggi.
" Iskandar, Ibu tak pernah ajar anak ibu tinggikan suara dengan orang tua!!! " Ibu Iskandar menampar pipi Iskandar.
Iskandar tersedar dari lamunan panjang. ' Ya, aku yang bersalah...' bisiknya.
Iskandar teringatkan surat ibunya. Lalu dia membuka perlahan dan membacanya dengan hati yang sebak...
Assalamualaikum anak yang ibu rindui selalu...
Ingin ibu memohon maaf andainya perbuatan ibu pada hari itu menghiris hatimu... Ibu benar-benar rindukan Iskandar. Ibu harap Iskandar akan segera pulang. Ibu berjanji tidak akan memarahi Iskandar lagi. Ibu sudah membeli baju kemeja yang baru seperti kepunyaan Iskandar dahulu. Ibu gunakan wang simapanan ibu untuk beri baju tersebut menggantikan yang lama. Ibu harap Iskandar tidak akan marahkan ibu lagi... Ibu nak sangat berjumpa dengan Iskandar, ibu nak sangat peluk anak ibu ini, ibu nak sangat belai dan cium anak ibu yang amat ibu rindui...
Sekiranya ibu memejam mata, sebelum bertemu dengan Is... Ibu harap Is dapat memaafkan ibu ya nak. Iskandar jangan risau, ibu telah lama maafkan Iskandar. Marah ibu hanya di mulut tidak pernah sampai di hati kecil ibu. Kemeja Is yang baru ada di katil. Ibu harap Is akan pakai kemeja yang ibu belikan itu.. Maafkan ibu sekali lagi ya nak...
Yang Merinduimu...
IBU....
Setelah menguak daun pintu biliknya, airmata Iskandar bercucuran apabila terlihat satu bungkusan tersebut di atas katilnya.. Iskandar melangkah masuk dan duduk di atas katil miliknya. Perlahan-lahan dia mengambil bungkusan itu lalu di bawa ke dadanya dan di peluk erat bungkusan itu bersama linangan airmata..
' MAAFKAN ISKANDAR IBU......'
Selasa, 17 April 2012
TANGISAN SEORANG IBU.....
![]() |
| Tangisan Seorang Ibu..... |
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang ‘buncit’.
Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
“Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,” begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
“Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!”
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan: “Abang tunggu mak di syurga ya!”
Akhirnya, wajah abang ‘ditutup’. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.
Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.
Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: “Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?” Itulah soalan mereka.
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?
Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.
Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.
Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.
Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.
Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.
Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah ‘reput’. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.
26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!
Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,
Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.
Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.
Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.
Mak bawa abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.
Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: “InsyaAllah, abang akan sihat!”
Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.
Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.
13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.
Di rumah, setiap hari mak akan tanya: “Abang nak apa harini?”
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: “Mak, abang nak naik kereta bomba!”
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: “Balai bomba!”
Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.
Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!”
Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.
Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi: “Abang nak apa?”
Abang jawab: “Abang nak naik lori sampah!”
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?”
Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.
Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.
Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.
Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!
Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.
“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!”
Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.
“Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!”
Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.
Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.
Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.
Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.
Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.
Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.
Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: “Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.
“Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!”
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia
Abang pada tahun 2007.
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.
Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
“Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!”
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.
“Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?”
Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.
Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
“Abang ngantuk!” Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.
Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.
“Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.”
Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!
Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: “Makkk..sakit perut..!”
Dan abang terus memanggil: “Makkkkk!”. Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.
“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!”
Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!”
Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.
Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.
Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
“Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!” Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…
Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah… Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: “Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?
Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.
Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.
Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Puan Aisyah (ibu) dan Encik Azmi (bapa).

~ RiNdU PaDaMu MeMbAwA DeRiTa..... ~
![]() |
| Rindu padamu membawa derita... |
Abang,
Sesekali bila difikirkan aku merasa amat malu kerana terpaksa menangis di hadapanmu. Yang kurisaukan lagi kerana fikiranmu turut terganggu dengan gelagatku.
Namun sayangku, apa lagi mampu kulakukan setelah kerinduan yang ditanggung tidak dapat dibendung lagi. Hanya air mata pengubat luka dan gundah-gulana. Sehari tak jumpa setahun rasanya derita.
Sesungguhnya abang, tidak ada yang lebih pedih dan bisa selain merinduimu!

Seboleh-bolehnya aku tidak mahu mengulangi kerinduan yang panjang ini. Cukuplah sekali. Namun mampukah aku bertahan dengan hakikat hidup yang kita lalui sekarang?
Bukanlah niatku mendesak dan memaksa tetapi aku juga inginkan hak aku terhadapmu. Kadang kala aku merasakan kehadiranku di sisimu tidak membawa apa-apa makna lantaran merasakan kehadiranku tidak kau hargai!
Janganlah aku dibiarkan terkapai-kapai antara kenyataan dan dunia fantasi cinta kita. Aku tidak sanggup menahan seksa dan kerinduan ini. Cukuplah sekali abang!
Aku sedar siapa diriku dan siapa dirimu. Tetapi kita tidak mungkin berpatah balik lantaran hatimu dan hatiku sudah tersimpul mati dalam satu ikatan yang dinamakan kesetiaan.
Paling tidak ikatan ini boleh kita gunakan untuk menebus semula keindahan musim cinta yang telah kita tinggalkan pada masa lalu.
Aku benar-benar mengharapkan dirimu untuk melindungi aku pada ketika-ketika tertentu lantaran kita tidak mungkin dapat hidup bersama.
Apa pun kita harus kembali kepada kenyataan. Aku akur dengan tanggungjawab yang kau pikul. Bukanlah niatku mengganggu hidupmu tetapi kau juga perlu membahagiakan diriku.
Berilah sedikit ruang di sudut hatimu untuk aku berteduh dan bermanja.
Bukan emas, wang ringgit dan harta yang kuinginkan. Cukup sekadar kasih sayang dan belaian manjamu. Sesungguhnya abang, aku terkilan kerana kita berdua telah melakukan kesilapan besar dalam membuat keputusan tentang masa depan dan kebahagiaan kita bersama.
Namun aku akur pada kehendak takdir. Kita hanya manusia biasa yang hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukannya. Aku pasrah kepada susun atur perjalanan hidup kita dan berharap engkau akan terus menyayangiku sampai bila-bila.
<3 LUAHAN HATI SEORANG WANITA <3
Khamis, 12 April 2012
DELIMA CINTA milo&nescaffe...(BAB 2)
DELIMA CINTA milo&nescaffe (BAB 2)
" ZARA, mana fail tapak projek yang saya suruh awak siapkan tu? " tanya Datuk Ilham lembut.
" Ada Datuk. Fail tapak projek tu dah lama siap. Cuma saya tak sempat nak hantar pada Datuk. Maaf yerk Datuk." kataku dengan berterus-terang.
" It's okey. Saya tak kisah pun. Dalam pukul dua petang awak datang ke bilik saya ya. Ada perkara penting saya nak bincang dengan awak hal tapak projek rumah teres di melaka. Okey Zara? "
" Yes Datuk." jawabku lembut.
" Oh ya. Zara, nanti tolong berikan barang ni pada Irfan. Pesan pada Irfan suruh dia call saya ya." Datuk Ilham memberi beg plastik yang agak sederhana padaku.
Dengan malas aku mengambilnya. " Baik Datuk." jawabku lemah.
Aduh! Ni yang malas nak bertemu empat mata dengan Mamat tunjang tu. Pasti ada peperangan akan tercetus diantara kami.Datuk Ilham pun satu. Kenapa tak minta tolong sama akak Endah? Ini aku juga yang kena bagi. Nak bagi pada musuh HN1 aku pulak tu! Dahlah aku tak seteru dengan Mamat galah tu. Heee... Apa boleh buatkan? Dah dia anak bos besar dalam sayrikat ni. Aku sebagai pekerja hanya mematuh apa yang disuruh sahaja. Mana boleh ingkar kata boskan? Jika ingkar bermakna memang sah-sah cari balalah jawabnya.
Dengan langkah malas aku menuju ke bilik Mamat tunjang yang tidak jauh dari bilik pejabatku. Malas betul nak hadap muka tak cukup bangunan tu! Alahaiii.... Nasib baiklah ini waktu pejabat. Kalau tidak sudah lama kena goreng dengan diriku. Heee... Tanpa memberi salam, aku terus menyelinap masuk ke dalam biliknya dengan wajah yang masam mencuka. Huh! Cuka pun tak semasam muka tahu tak Zara! Eeee... Sibuklah kau! Tungkasku dalam hati.
" Woi Mamat kerempeng cicak kubing! Ni tadi bapak kau suruh berikan barang ni pada kau dan lagi satu bapak kau suruh call dia sekarang. Itu aje aku nak sampaikan pada kau. Okay, aku blah dululah. Pandang muka kau rasa nak termuntah pulak! " Aku meletakkan barang yang diberi oleh Datuk Ilham diatas meja lelaki itu. Aku seperti biasa membuat muka toya dan meluat. Ops! Lupa. Aku juga turut memberi kata-kata pedas pada lelaki itu.. Hmm, biarkan dia rasa.!
" Dasar pendek! Masuk bilik aku tak reti bagi salam. Masuk dah macam tikus munduk aje lagaknya. Hoi jebauk rasa-rasa kalau nak makan nasi, tolong jaga sikit mulut longkang kau tu erk! Bukan main cantik ayat kau tu. Patutlah pendek macam ayam serama." sindir lelaki itu tanpa mahu mengalah.
Terbelalak mata bulatku apabila dia menggelarkan aku ' jebauk '. Uiksss.. Bintang apa tu? tal pernah pula aku dengar nama binatang jebauk. Mamat senget ni memang nak kena dengan akulah. Sesuka hati anak mak tiri dia cakap aku seperti ayam serama! Apa, ingat dia tinggi macam galah tunjang aku takut ke? Huh! sorry to sorrylah.. Hesy!!! Bikin hati wa panaslah Mat senget ni.
" Hoi! Mulut kau tu cantik sikit erk! Kang tak pasal-pasal makan sup tumit tinggi empai ici ni. Jangan selamba derk kau aje cakap aku macam tu bro! " kataku sinis.
" Tahu pulak marah Minah serama macam kau ni. Aku fikirkan kau tak tau nak marah! Wei derrr! Lain kali masuk bilik orang beri salamlah. Jangan pakai terjah macam tikus munduk. Apalah kau punya perangai ni. Teruk dan hodohlah." jawab lelaki itu dengan muka selamba.
" Mulut kau kannn!!! Memang mulut taik kucing tau tak! Lu sudah bagi wa marah sama lu Mat senget."
" Kau punya mulut itik tu, apa kurangnyakan. Mulut taik ayam serama bagai! Nasib baik kau tu permpuan tau. Huh, kalau lelaki dah lama aku humban kau dalam liang lahad!"
" Halamak aiii! Cantiknya bahasa kau? Kau ni kannn!!! "
Puppp!!! Puppp!!!
" Kau apsal hah?! Suka-suka kau aje nak humban aku dalam liang lahad? Sebelum kau nak humban aku! Biar aku humban kau dulu dalam lubang liang lahad dan lepas tu, terus aku baca doa arwah untuk kau sekali! " herdikku dengan marah sekali.
" Pendek!!! Sakitlah begong! Kau ni kenapa? Sakit doh lengan aku. Baik kau berambus dari bilik aku sekaranggg! " jerit lelaki itu lantang sekali.
Aku menjeling tajam ke arahnya. Setakat dia menjerit macam Tarzan tu, tak ada sedikit pun buat diri aku gementar. Padanlah muka dia! Siapa suruh cari masalah dengan akukan? Aku memang pantang kalau orang suka cari pasal. Lantak sama dialah! Bukan syarikat dia, tapi syarikat bapak dia. Lelaki itu tak ada hak nak pecat aku pun. Lelaki ini dari sejak zaman Universiti tak pernah ada pasang surut mahu berdamai dengan aku. Ada sahaja masalah dia timbulkan.
" Lain kali mulut tu... Tolong jaga sikit okey. Nak bercakap tu biarlah berlapik sikit bro. Wa talak suka lu punya mulut yang macam baru longkang tu! " sindirku pedas.
" Kau memang segaja nak cari masalah dengan aku! Bukan aku tak tahu yang kau sukakan aku! Huh! Dasar pendek bin kemetut. Ada hati nak aku. Heee... pleaselah jangan perasan." balas Irfan dengan sombong bodoh.
" Eyuuuuwwww......! Hey Mat senget! Tolonglah jangan perah santan terlebih boleh tak? Bila masa aku ada hati dengan kau pulak? Wei! Apa kau ingat, aku hamak sangat ke nak bersuamikan Mamat senget macam kau ni? Dahlah macam jembalang tanah! Husyy..!
Bak kata pepatah cintalahkan, pinggan tak retak nasi tak dingin. Apa kau ingat aku hingin ke? Mati hidup semula pun aku tak nak."
Kataku selamba dengan hati yang panas meluap-luap. Aku rasa boleh dapat darah tinggi terus. Gara-gara si Mamat mangkuk tingkat bin ayun inilah. Aku dan dia tak sebulu langsung! Ada saja benda nak digaduh dan di jadikan isu antara kami berdua.
" Aku tak nak bersuamikan galah tunjang macam kau ni. Baik aku jatuh hati dan sayang kat Fahrin Ahmad lagi bagus daripada kau tu Mat senget." Sambungku lagi.
" Hmm.. Kalau dah suka kat aku cakap ajelah terus terang. Tak usah kau nak bagi alasan bagailah Zara! "
" Hoi!!! Kau ni gilalah aku rasa. Boleg blahhh lah weiii! " jeritku kuat dekat telinga lelaki itu dan aku terus berlalu keluar bersama hati bengkak.
" Megong (begong)

Rabu, 11 April 2012
DELIMA CINTA milo&nescaffe...
SINOPSIS
" Wei pak cik! Dahlah badan kau macam ikan sardin ada hati nak kutuk aku. Kalau dah salah tumpahkan air milo orang cakap ajelah! " ~ NURUL AZ-ZAHRAH.
" Hoi cik 'Pendek' tak cukup tinggi! Kau tu tumpahkan air nescaffe aku tak apa pulak? Suka-suka hati kau aje nak cakap aku macam ikan sardin! " ~ MUHAMMAD NUR IRFAN.
Aku mengetap bibir dengan geram sekali.. " Huh! Kau memang sajakan nak cari masalah dengan aku! Eeee!!! Hantu galah punya manusia nie! " ~ NURUL AZ-ZAHRAH.
Lelaki itu memandang kusinis. " Woi Mak cik ketut! kau tu pun saja jugak cari masalah dengan aku. Dasar pendek bin kemetut punya budak! Huh! " ~ MUHAMMAD NUR IRFAN.
Nah!!! itu dia LELAKI yang sentiasa membuatkan hidup aku tak pernah selamat dan aman sekali. Bila bertemu empat mata pasti pergaduhan antara Iraq dan Afganistan akan tercetus. Entahkan bila boleh aman pun tak tahulah..Nak tahu apa kesudahannya, bacalah apa yang berlaku antara aku dan si Mat tiga suku tu.. He..He..He..
BAB 1 ( DELIMA CINTA milo dan nescaffe)
SAMPAI bila perang dingin aku dan lelaki tiga suku itu akan berakhir ya? Serasa tak tahan nak menghadap muka dia dekat pejabat tu hari-hari. Dasar lelaki mulut hanget! Kutuku berkepuk-kepuk bersama hati sebal. Aku melontar pandangan ke arah luar sambil menikmati air milo panas. ops! Jangan tak tahu ya. Air milo adalah minuman kegemaranku. Sungguh aku over dengan air milo dari air yang lain-lain yang beraneka jenis itu. Pelikkan diriku? Memang dari kecil aku gemar minum air milo dari air yang lain. Sampai umi aku pun naik hairan dengan satu perangai aku ni. Mana tidaknya, hanya air milo saja aku minum.
Berbalik pada cerita aku yang tergendala sebentar tadi. Aku rasa nak cekik-cekik mamat galah tu tau! Yelah, sesuka hati dia langgar aku dan menyebabkan air milo aku tumpah cantik atas kemeja putih yang aku pakai waktu itu. Sah! Memang mata lelaki hampe ni suka cari masalah dengan diriku. Kalau ikutkan hati mahu saja aku layangkan sebijik penumbuk ke arah muka jambu dia. Apa dia ingat aku kerja dengan syarikat bapak dia aku takut ke? Huh! Silap oranglah! Anak bos ke, anak bapak ke aku perduli apa! Siapa suruh cari masalah dengan aku. Ada aku mintak dia cari fasal dengan aku? Tak adakan? Hmm.. Memang dia saja nak cari gaduh. Dasar Mat galah buluh berlantung. Hesy! Sakitnya hatiku.
" Wei pak cik! Dahlah badan kau macam ikan sardin, ada hati nak kutuk aku! Kalau dah salah tumpahkan air milo orang cakap ajelah ! " suaraku dengan nada tinggi. bibir sudah kuketap geram. Mana tidaknya, habis baju kemeja aku bermandikan air milo. Kalau sikit tak apa juga, aku masih boleh terima. Ini tak dapat terima lagi dahh!
" Hoi cik 'Pendek' tak cukup tinggi! Kau tu tumpahkan air nescaffe aku tak apa pulak? Suka-suka hati kau aje nak cakap aku macam ikan sardin! " herdik lelaki itu sambil menunjukkan kesan air nescaffe yang tumpah pada kemeja putih baju berlengan panjangnya itu.
Aku mengetap bibir dengan geram sekali.. " Huh! Kau memang sajakan nak cari masalah dengan aku! Eeee!!! Hantu galah punya manusia nie! " semburku marah sekali.
Lelaki itu memandang kusinis. " Woi Mak cik ketut! kau tu pun saja jugak cari masalah dengan aku. Dasar pendek bin kemetut punya budak! Huh! "
Mencerlung mataku memandang dirinya. Mulut dia nikan memang tak ada permis insurans langsung betul! Suka hati kakak tiri pak cik dia saja nak cakap aku ' kemetut '! Aku tahulah kau tu tinggi macam galah buloh! Tak usah lerrr nak kerek dengan aku. Huh! Kutukku berbakul-bakul dalam hati. Lelaki yang bernama Muhammad Nur Irfan sememangnya tidak sebulu dan serama-rama pun. Pantang bila kami bertemu pasti tercetus peperangan diantara negara Iraq dab Afganistan. Nasib baik tak Gohaitstan. Heee....! Menyampah pulak aku tengok mamat tunjang ni!
" Lain kali mata letak betul-betul kat tempat sepatutnya! Bukan mata tu letak kat buku lali kaki nie. Faham Mis Kemetut! " ujar lelaki itu sinis sekali dengan mata terbeliak.
Aku menjeling benci. Eleh! Nasib baik kau tu jauh dua, tiga jarak dengan aku. Kalau tak sudah lama kau kena pelangkung dengan aku mamat senget! Nak cari masalah memang dialah nombor satu. Eeee..! Kenapalah manusia ni wujud dalam hidup aku? Suka sangat mencari hal dengan diriku. Aduhai hati.. Sabarlah yerk. Aku mengurut dada perlahan.
" Dahlah! Malas aku nak layan mamat kerempeng macam kau ni. Buat hati aku bertambah-tambah sakit aje. Huh! Benci aku dengan kau! " kataku pedas dan terus berlalu pergi bersama hati yang sebal.
" Hoi!!! Kau ingat aku suka kau ke? Dahlah pendek macam ayak katik. Perasan cantik konon! Aku tengok muka kau lagi beribu-ribu juta hati aku sakitlah! " jerit lelaki tiga suku itu kuat sekali. Aku hanya buat selamba derk saja.
Hmm.. Tak kuasa aku nak melayan mamat sardin tu. Buat menambah dosa aku saja mengutuk ciptaan-NYA. Daripada aku terus-terus membalas kata-katanya baik aku mendiamkan diri lagi bagus. Orang macam dia tu baik bagi ikan Josh makanlah. Campakkan dia dekat dalam laut biar dia kena makan dengan ikan-ikan ganas baru padan muka! Hesy! Geramnya aku dengan si poyo ni. Bentakku geram.
Mana aku tak geram dengan lelaki tu! Gara-gara dia baju aku kotor dan berbau milo. Sudahlah petang nanti aku ada mesyuarat. Tak akan aku nak hadiri mensyuarat dalam keadaan macam ni? Macam orang sakai saja diri aku. Aku melepaskan keluhan kecil. Hmm.. Nak call mama tak? Hu..Hu..Hu.. Aku rasa tak perlu telefon mama. Tak nak menyusahkan mama. Arghh! Lantaklah sama mereka semua nak kutuk aku ke apa ke. Bukan mereka yang belikan baju aku. Suka hati akulah! Bukan aku minta pun mereka tolong cucikan baju aku. Kalau tak si Mamat tunjang punya angkara, dah lama aku wachaaa!..Aku bermonolog sendirian.

Langgan:
Catatan (Atom)